Hari Ini Jadi Babysitter&Chef

Asalamualaikum ♥ 

Hari ini ada tugas baru untuk aku. Aku kena jaga budak kecil yang merangkap anak sepupu kepada ku . Atau Nephew mungkin. Then kena tolong ibu aku buat kerja rumah . Bayangkan si kecil kenit itu dah 10 bulan dah , Memang gila bapaklah buasnya.


Dia ni kembar kalau nak tahu lah. Budak ini aku jaga sebab abang dia opah dia jaga. Manalah opah dia boleh jaga sorang - sorang . Gila jadnya!!!!!!!!! Hihihi 

Aku juga harini ada Masak LAKSA GORENG SPECIAL dengan AIR KOKO KURMA


Sedap sangat nanti saya UPDATE RESEPI nya kalau ada yang inform . Kalau ada yang infom sahaja. Okay itu sahaja setakat ini BYE.

Nanti jumpe lagi ehh!!
 


 Sincerenly ツ 
-----------------
Fatimah


Kenduri Kahwin

Asalamualaikum ♥

Tepat 11.45, eh eh budak  ini tak tidorr lagi kah?

"Bukan taknak tidur cuma tak boleh nak tidor . Itu yang gedik gedik nak usik coding blog yang tak berapa nak cantik ni lepastu jadi makin berat lah jawabnya"

p/s : sapa ada tutorial untuk ringankan blog (blogskin) tolong inform ye

Back to the point

Tadi saya pergi kenduri kahwin kenalan abang saya. Lepastu tak de kad pulak tu. Tak hingatlah pula rumahnya... Punyalah gelabah tang abang saya kata nak "BALIK" sebab tak jumpa jalan . Hancor berkecai hati gua.

Last last call orang rumah ambil nombor bagitahu rumah dekat "KAMPUNG TEMONG HULU" waduh-waduh punyalah cari merata rupanya tempat yang kitorang pusing - pusing tadi juge.

 
 
 
Kami dijamah dengan juadah ala kadar. Majlisnya juga kecil-kecilan. Tapi makanan dia memang mabeles. Ayam masak merah + Kari Daging + Kerabu Taugeh + Sambal Tempoyak ,,

Waaaaaaaa.. Mau makan lagi bab sedap angat... 

Dahlah . Hari ni sejuk sangatlah Kuala Kangsar ni . Bye

 Sincerenly ツ 
-----------------
Fatimah


Tanda Kiamat

Asalamualaikum ♥

Sudah berabad-abad lamanya dunia kita berkhidmat untuk manusia an?

Mesti kiamat makin dekat.. So , ini saya ada berikan kepada anda semua t anda-tanda hari kiamat

  • 1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
  • 2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
  • 3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  • 4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang
  • haram dianggap halal serta sebaliknya.
  • 5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
  • 6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
  • 7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi
  • mereka tidak mampu mencegahnya.
  • 8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  • 9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian)
  • semakin menjadi-jadi.
  • 10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  • 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
  • 12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap
  • sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  • 13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan
  • perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
  • 14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  • 15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah
  • tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
  • 16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya
  • seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
  • 17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
  • 18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
  • 19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
  • 20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
  • 21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
  • 22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin
  • bermaksud meminta sedekah.



 Sincerenly ツ 
-----------------
Fatimah