Memori di Kolej Teknologi Midas

Asalamualaikum ♥
Harini aku nak kongsikan memori aku sepanjang aku berada di Kolej Teknologi Midas, Batu Gajah Perak. Aku belajar kat situ tahun lepas. Sekarang baru terdetik nak ceritakan pada korang. Aku kat sane 6 bulan je. Sebab kami ambik Pastri Level 2. Alhamdulillah, semua budak kelas lulus dengan jayanya.

Ok Mula mula aku tak terpikir pon nak masuk kolej ni. Aku tak pernah tahu pon kewujudan kolej ni. Aku masuk pun sebab belajar disini dapat tawaran pendidikan percuma 100% (Jangan salah paham tau. Bukan semua yang masuk sini dapat belajar free. Kami dapat bawah Majlis Agama Islam Perak. Bukan under kolej ni. If u nak masuk, kene bayar sendiri + pinjaman PTPK)

Budak kelas aku ada 22 orang. 20 orang budak tanggungan MAIPK. Kami dapat bantuan belajar free hundred percent dengan makanan ditaja.



Haa atas ni la budak kelas aku. No no no bukan ahli Barisan Nasional ye. Itu baju kolej kami. Kelas kami ni paliiing banyak buat hal. Yang pakai baju jubah tu, die la lecturer kami. Tapi kami tak panggil dia lect. Kami panggil die chef. Chef Fiza namanya. Satu satunya tenaga pelajar kelas kami.

Banyak memori. Sangatt banyak walaupun baru 6 bulan kenal. Masa nak berpisah tu sangat sedih. Sebab kami belajar 6 bulan je. Jarang balik rumah. Kami sentiasa bersama. Kolej kami ni macam kolej kedai je. Asrama pun atas kedai cina. Kadang seram. sebab cina tu bau semayang diorang.

Aku nak tunjuk gambar. Nak abadikan kenangan disini. di blog ini. Kalo korang baca blog aku ni. Aku nak cakap, AKUUUU SAYANG KORANG SANGAT SANGAT. RASA MACAM DAH KENAL 60 TAHUN TAU. SEBENARNYA BARU 6 BULAN. (MEI18-NOV18)

ni gambar masa dah lulus. dah grad la kiranya. eheeeek


ni pulak masa sambutan hari raya. Aku menang cabutan bertuah. heheh masatu rasa cam wooaw bertuahhnya den

ni pulak masa kami pegi bercuti setelah penat lelah beraktiviti jualan dekat satu ekspo ni. Ni kami termasuk dengan kelas CDP03 dan kelas kami PP01

Banyak lagi yang nak diceritakan tentang pahit manis kat sini. Kenangan bersama tak akan ku lupa.

Yana, Ecah, Shark, Tiqah, Wani, Ika, Nisa, Syida, Syina, KakTiyah, KakIma, KakAsfa, KakDayah, Sue, Rose, Kechik, Alep Besaa, Syuk, Adib, Put, Chua. 

Terima Kasih penah hadir dalam hidup aku. Aku hargai sangat tq!

Sapa sapa nak masuk kolej ni aku amat galakan. Kat sini best. Kawan kawan sangat ramah dan baik hati. Barisan lect semua melayu. Kat sini takde homework sangat. Exam final pon senang kacang. Sesiapa yang macam x nak belajar akademik dan nak sambung kemahiran amat digalakan.

Kalo nak tanya apa apa silakaaan. 

Itu je buat kali ni. Byeee

 Sincerenly ツ 
Fatimah


1 comment:

  1. Lepas habis 6 bulan kat sini boleh dapat kerja tak...hehe

    ReplyDelete