Memori di Kolej Teknologi Midas

Asalamualaikum ♥
Harini aku nak kongsikan memori aku sepanjang aku berada di Kolej Teknologi Midas, Batu Gajah Perak. Aku belajar kat situ tahun lepas. Sekarang baru terdetik nak ceritakan pada korang. Aku kat sane 6 bulan je. Sebab kami ambik Pastri Level 2. Alhamdulillah, semua budak kelas lulus dengan jayanya.

Ok Mula mula aku tak terpikir pon nak masuk kolej ni. Aku tak pernah tahu pon kewujudan kolej ni. Aku masuk pun sebab belajar disini dapat tawaran pendidikan percuma 100% (Jangan salah paham tau. Bukan semua yang masuk sini dapat belajar free. Kami dapat bawah Majlis Agama Islam Perak. Bukan under kolej ni. If u nak masuk, kene bayar sendiri + pinjaman PTPK)

Budak kelas aku ada 22 orang. 20 orang budak tanggungan MAIPK. Kami dapat bantuan belajar free hundred percent dengan makanan ditaja.



Haa atas ni la budak kelas aku. No no no bukan ahli Barisan Nasional ye. Itu baju kolej kami. Kelas kami ni paliiing banyak buat hal. Yang pakai baju jubah tu, die la lecturer kami. Tapi kami tak panggil dia lect. Kami panggil die chef. Chef Fiza namanya. Satu satunya tenaga pelajar kelas kami.

Banyak memori. Sangatt banyak walaupun baru 6 bulan kenal. Masa nak berpisah tu sangat sedih. Sebab kami belajar 6 bulan je. Jarang balik rumah. Kami sentiasa bersama. Kolej kami ni macam kolej kedai je. Asrama pun atas kedai cina. Kadang seram. sebab cina tu bau semayang diorang.

Aku nak tunjuk gambar. Nak abadikan kenangan disini. di blog ini. Kalo korang baca blog aku ni. Aku nak cakap, AKUUUU SAYANG KORANG SANGAT SANGAT. RASA MACAM DAH KENAL 60 TAHUN TAU. SEBENARNYA BARU 6 BULAN. (MEI18-NOV18)

ni gambar masa dah lulus. dah grad la kiranya. eheeeek


ni pulak masa sambutan hari raya. Aku menang cabutan bertuah. heheh masatu rasa cam wooaw bertuahhnya den

ni pulak masa kami pegi bercuti setelah penat lelah beraktiviti jualan dekat satu ekspo ni. Ni kami termasuk dengan kelas CDP03 dan kelas kami PP01

Banyak lagi yang nak diceritakan tentang pahit manis kat sini. Kenangan bersama tak akan ku lupa.

Yana, Ecah, Shark, Tiqah, Wani, Ika, Nisa, Syida, Syina, KakTiyah, KakIma, KakAsfa, KakDayah, Sue, Rose, Kechik, Alep Besaa, Syuk, Adib, Put, Chua. 

Terima Kasih penah hadir dalam hidup aku. Aku hargai sangat tq!

Sapa sapa nak masuk kolej ni aku amat galakan. Kat sini best. Kawan kawan sangat ramah dan baik hati. Barisan lect semua melayu. Kat sini takde homework sangat. Exam final pon senang kacang. Sesiapa yang macam x nak belajar akademik dan nak sambung kemahiran amat digalakan.

Kalo nak tanya apa apa silakaaan. 

Itu je buat kali ni. Byeee

 Sincerenly ツ 
Fatimah


Ramadan

Ya Allah tak sangka sangka kan. Ramadan dah nak berakhir. Tahun ni sangat sangat cepat masa berlalu. Aku tak sedar langsung pun yang sebenanya ramadan dah tinggal sepuluh hari camtu je.

So, ini masanya untuk kita memburu sesuatu. Sesuatu yang jarang sekali kita dapat. Tapi sekali dah dapat nikmatnya berjuta juta tahun pahala. Apa dia tu? Ye sudah tentulahhhh MALAM LAITUL QADR! Malam yang mulia.

Banyak banyakan beribadah kawan kawan. Go go Chaiyokkkk!! Anda boleh melakukannya.

Aku Tak Tahu Nak Buat Pilihan

Asalamualaikum ♥
So, nak dijadikan cerita aku diterima masuk ke KPBKL. Kolej Profesional BaitulMal Kuala Lumpur. Atau dulunya dikenali sebagai IPB iaitu institut profesional baitulmal. Aku kelirula. Aku x tahu nak pegi ke tidak. Aku tak yakin. Ye, jawapannya isthikarah. Im gonna do it. But, I need someone to motivate me.

Aku dapat tahu kewujudan kolej ini dari kawan aku la nama dia Syarfa. Dia baik. Dia nak bantu aku sambung belajar. Aku tahun lepas dah masuk satu kolej ni namanya KTM iaitu Kolej Teknologi Midas, Batu Gajah, Perak. Kat situ aku belajar 6 bulan je. Korang jangan salah paham. Situ memang 6 bulan yer. Aku x lari ekk. Kat situ aku ambik SKM Pastri Level 2. Ye sekarang aku ada SKM Level 2.  Tapi itu dulu. Sekarang aku more kepada nak sambung akademik.

Kawan aku tu la yang suggest masuk sini. sebab dia memang dah ada kat sana. So aku pun try la apply. Apply apply then aku layak la. Aku apply kos Diploma Syariah Islamiah. Dulu masa aku sekolah menengah aku ambik aliran agama akaun. So syariah tu antara subjek fav aku la. Tapi spm dapat B+ ajurrr.

Ok back to the topic, so sekarang aku sangat sangat keliru sama ada aku nak masuk atau tak kolej ni. Kolej ni swasta tau. Yuran mahal. Kalo aku masuk DSI tu dalam RM25K la x termasuk asrama. haihhhh.

Ye kat situ ada bantuan biasiswa. tapi untuk yang layak je. Tapiiii aku memang nak belajar syariah lagi. Aku minat. Tapi aku risau pasal kos duit tu. Aku x nak susahkan siapa siapa. Dulu masa sekolah kalo bayaran yuran semua aku guna duit biasiswa 800 setahun tu. Tapi tu takpe, yuran sekolah murah. Yuran kolej.... hmmm

Soo, korang tolongggg la bagi pendapat. Atleast aku boleh tidur aman malam ni.

Btw, tarikh daftar utk kelayakan aku ni ialah 30 Jun ini.

ok la. tq, harap dapat bantu saya insan lemah ini