Seharian bersama KawanKawan

Asalamualaikum ♥

Tadi, pukul 10.00 pagi hinggalah ke petang pukul 2.00 saya pergi lepak lepak dengan kawan kawan sekelas. Kelas 2kaa memang sporting habis.. Asal ada jumpa makcik pakcik kakak abang tengah jalan tu ada je bagi salamlah , bertegur sapa. Memang seronok habis..Sampai jumpa tuan Ppd pun ditegur ehh. Memula duduk dekat Perpustakaan Awam(PA) , Kuala Kangsar. (BANDAR DIRAJA) okay...maklumlah situ je kawasan strategik untuk remaja nak pergi berjumpa la katakan. Emmm...

ni di PA


Lepastu, lagi seminit lagi nak pukul 12 kiteorang pun berjalan - jalan. Tujuan kami adalah untuk pergi makan Kuetiow goreng mabeles dekat Roti Segar Kuala Kangsar. Emmm. Sedap yang amatlah keutiow itu perghh, enak bangattt!!!!!!!!!!! Tang-tang dah sedap makan tetiba je perut ni meragam tak nak makan bebanyak.. Ini kitorang selfie masa nak berjalan tengah tengah panas terik. Tengahari buta pergi jejalan.

masa berjalan nak pergi Roti Segaq

Lepastu kitorang berjalan sampai jumpa satu HAWKER yang sporting abis. Anak dia,perempuan tu comel. Dia jual MURTABAK CHEESE!! Ya Allah memang gila bapak sedap. Isi ayam dia ada Cheese, Cheese tarik dia tabur dekat potongan dan kuaah cheese dia bagi dalam bekas then tabur . Melimpah ruah lah cheesenya.. Ini saya nak tunjuk gambar masa makan dekat kedai ROTI SEGAR.

sepatutnya ada 9 orang, 3 orang lagi snap2

Orang lain semua dah habis makan, saya sorang je belum . Malu malu... Lepas habis makan we all cadang nak makan Murtabak Cheese yang kitorang dah siap oder. Memang kene oder then baru bayar sebab takut habis. Bende ni laku. So kitorang pergi berjalan semula pergi ke TAMAN KANAK-KANAK . sedangkan kami ini sudah berumur 14 taon, Mmmm takpe kitorang just tumpang makan, Lah sangat_

ni masa tunggu murtabak cheese siap.



ni pun masa menunggu murtabak

yang ni juga, dont ask!


Lagi lagii kitorang makan kat yang ada pokok pokok besor yang menghalang sinaran mentari pepetang. Erkk, ayat tuuuu,,, I donno. Tahu tak kite orang pergi berjalan sampai kasut Fardha rosak. Kasut dia cabut u olls.. Murtabak cheese tu macam ini tengoklah

ni murtabak itu

ini dekat taman 


emmm emmm sedapnyaaaa murtabak tu , Memang gilalah sedapnya macam murtabak 5 star. Mmm yeke ?
Tapi dua orang kawan saya tak nak makan sebab sorang tu tak suka murtabak sorang lagi tak suka cheese. Mmm boleh gitu ye. Duit deme bayor pulak, Takpe bila tanya:

Saya: Kamu tak nak makan ke Amirah?
Amirah: Taknak, Cheese ke ? 
Saya: Ha laa cheese
Amirah : Tak makan cheese
Fardha: Ni duit kamu jugak. Makanlah
Amirah: Takpe kite belanja

Emmm ye ye je dia belanja tapi memang ye pun ahaha ,, Kiteorang pun jadi childish bukan matured okay . Kami pergi main gelongsor. Gelongsor tu dah lah tinggi macam 2 tingkat punya rumah.

ni dekat taman

Lepastu berjalan pulang untuk solat dan berehat ... MMMM, seronok tapi sedih sebab nak balik dahhh. Tape nanti kitorang nak pergi sekolah bleh jumpe balik tapi kalau nak ke sekolah dapat result exam PK2 emm takot!!!!!!!! BM je pun dah sipi - sipi nak A. Cikgu ni ermm tak kasi kitorang markah lebih.Seterusnya gambar nak pulang jom tengok

when kitorang nak balik

ni dia masa nak b alik


Okay setakat ini sajalah , Malu nak tunjuk bebanyok . Bye . Harap kawan kawan saya baca bende ni and komen komen sikit eeeeeh






 Sincerenly ツ 
Fatimah


Moments di Ulu Kenas

Asalamualaikum ♥

Haaa.. Semalam saya pergi ke Ulu Kenas. Mula-mula plan nak pergi ke Teluk Batik, Lumut tapi disebabkan kereta mak saya tayar "GELONG" so, tukar plan pergi Ulu Kenas aje, Makanan semua dah masak. Lauk-lauk dahlah mabeles.

Lauknya adalah, Telur Masin, Ikan  Cencaru Sambal Belah Belakang , Ikan goreng dan macam macam lagi. Tang dah sampai dekat Ulu Kenas, Ada signboard macam ini "NAK MENGATAL DAN MAKSIAT, SILA BELAHH DARI SINI...FAHAM?" uissssssh, mesti pergi terus orang yang memang nak buat gatal tu ye dak?

 

Aummm.. Air dia deras sangat. Mungkin hujan dekat bahagian atas. Kitorang mandi dekat bawah jeeeeeee..
Seseseserroooroonnookk sesangat . Family saya bukan selalu pergi HOLIDAY. itu yang exited walau pergi sekitar KUALA KANGSAR ROYALTOWN SAYA NI JUGAK!

tarak apapa sebab asal hati saya seronok sangat.

Tapi ada tragedi yang menimpa jugak. Adik saya yang terakhir lemas. Nasib baik tade apa apa buruk terjadi. Muka dia pucat lesi lepas dah diselamatkan ABANG SAYAA, ANGAH. Dia terus fobia katanya lah. Maklumlah abang saya pergi bawaknya ke tengah. Lepastu letak di atas batu, Dia pulak terus aje lompat dan jatuh mengiring. Memang lemas. Tapi nasib.. takde apa apa terjadi. 

Seronok!





Sincerenly,
Fatimah

Hari Ini Jadi Babysitter&Chef

Asalamualaikum ♥ 

Hari ini ada tugas baru untuk aku. Aku kena jaga budak kecil yang merangkap anak sepupu kepada ku . Atau Nephew mungkin. Then kena tolong ibu aku buat kerja rumah . Bayangkan si kecil kenit itu dah 10 bulan dah , Memang gila bapaklah buasnya.


Dia ni kembar kalau nak tahu lah. Budak ini aku jaga sebab abang dia opah dia jaga. Manalah opah dia boleh jaga sorang - sorang . Gila jadnya!!!!!!!!! Hihihi 

Aku juga harini ada Masak LAKSA GORENG SPECIAL dengan AIR KOKO KURMA


Sedap sangat nanti saya UPDATE RESEPI nya kalau ada yang inform . Kalau ada yang infom sahaja. Okay itu sahaja setakat ini BYE.

Nanti jumpe lagi ehh!!
 


 Sincerenly ツ 
-----------------
Fatimah


Kenduri Kahwin

Asalamualaikum ♥

Tepat 11.45, eh eh budak  ini tak tidorr lagi kah?

"Bukan taknak tidur cuma tak boleh nak tidor . Itu yang gedik gedik nak usik coding blog yang tak berapa nak cantik ni lepastu jadi makin berat lah jawabnya"

p/s : sapa ada tutorial untuk ringankan blog (blogskin) tolong inform ye

Back to the point

Tadi saya pergi kenduri kahwin kenalan abang saya. Lepastu tak de kad pulak tu. Tak hingatlah pula rumahnya... Punyalah gelabah tang abang saya kata nak "BALIK" sebab tak jumpa jalan . Hancor berkecai hati gua.

Last last call orang rumah ambil nombor bagitahu rumah dekat "KAMPUNG TEMONG HULU" waduh-waduh punyalah cari merata rupanya tempat yang kitorang pusing - pusing tadi juge.

 
 
 
Kami dijamah dengan juadah ala kadar. Majlisnya juga kecil-kecilan. Tapi makanan dia memang mabeles. Ayam masak merah + Kari Daging + Kerabu Taugeh + Sambal Tempoyak ,,

Waaaaaaaa.. Mau makan lagi bab sedap angat... 

Dahlah . Hari ni sejuk sangatlah Kuala Kangsar ni . Bye

 Sincerenly ツ 
-----------------
Fatimah


Tanda Kiamat

Asalamualaikum ♥

Sudah berabad-abad lamanya dunia kita berkhidmat untuk manusia an?

Mesti kiamat makin dekat.. So , ini saya ada berikan kepada anda semua t anda-tanda hari kiamat

  • 1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
  • 2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
  • 3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  • 4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang
  • haram dianggap halal serta sebaliknya.
  • 5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
  • 6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
  • 7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi
  • mereka tidak mampu mencegahnya.
  • 8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  • 9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian)
  • semakin menjadi-jadi.
  • 10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  • 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
  • 12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap
  • sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  • 13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan
  • perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
  • 14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  • 15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah
  • tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
  • 16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya
  • seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
  • 17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
  • 18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
  • 19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
  • 20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
  • 21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
  • 22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin
  • bermaksud meminta sedekah.



 Sincerenly ツ 
-----------------
Fatimah


Exam sudah Bermula



Asalamualaikum ♥




 Do Not Disturb ME! <--(kekononlah nak fokus sgt)


Exam sudah bermula pukul 1.30 petang tadi. Geografi merupakan kertas soalan pertama bagi budak budak SMKRPK yang terlibat dalam exam petang tadi iaitu form one and form two.

So, tujuan saya update ni bukan apa cuma nak release tansion yang dah berkepul - kepul dalam otak mungkin dah tahap berjerebu dah otakku ini . Ahaha *pergh ayatku.

Ini pun boleh update kejap aje sebab esok ada 3 paper yang kena jawab iaitu Bahasa Melayu , Matematik dan Sejarah..

Apa apa pun doakan saya dapat A dan no satu dalam tingkatan dan juga kat dalam kelas. Yer? Aduh.. Boleh ke tak ha? Tadi masa USTAZ SAMAD buat latihan KKQ  saya dapat markah tertinggi iaitu 28 per 30.. Kawan saya, budak paling pandai tu pu dapat 22 sahaja. Itu yang membuatkan saya lebih bersemangat juang. Sebab dah dapat kalahkan budak paling top dalam tingkatan 2.




Then, buat kanak kanak ribena 12 tahun yang sedang menempuh 3 hari yang amat menakutkan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) , saya doakan kamu semua berjaya. Budak sekolah SKSI II , sekolah SBP SKSI II Sekolah Berprestasi tinggi... Korang perlulah berusaha bersungguh-sungguh tau. Banggakan ex-senior sekolah itu. Hihihihi

Doakan saya dapat banyak A dan dapat nombor satu .

#semogaSitifatimahazzahrahbtmohdyusofdapatnosatudalamexam.Amin


 


 Sincerenly ツ 
-----------------
Fatimah