Tanda Kiamat

Asalamualaikum ♥

Sudah berabad-abad lamanya dunia kita berkhidmat untuk manusia an?

Mesti kiamat makin dekat.. So , ini saya ada berikan kepada anda semua t anda-tanda hari kiamat

  • 1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
  • 2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
  • 3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  • 4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang
  • haram dianggap halal serta sebaliknya.
  • 5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
  • 6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
  • 7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi
  • mereka tidak mampu mencegahnya.
  • 8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  • 9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian)
  • semakin menjadi-jadi.
  • 10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  • 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
  • 12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap
  • sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  • 13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan
  • perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
  • 14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  • 15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah
  • tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
  • 16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya
  • seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
  • 17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
  • 18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
  • 19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
  • 20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
  • 21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
  • 22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin
  • bermaksud meminta sedekah.



 Sincerenly ツ 
-----------------
Fatimah


No comments:

Post a Comment